Phew..
Esok dah nak kerja. Cuti 3 hari ni mmg tak pernah sunyi. Jumaat lps,good friday. Haritu famly husband suma gather kat umah I. Best! Dapat jumpa anak buah si capik yg dah semakin petah berkata-kata.. Dah pandai sebut nama ayi, abah.. comel. Then kami makan ambuyat. Ramai2 buat kali pertama kami berkumpul makan bersama. Masak terjun. Tapi mmg best sbb aku slalu sunyi kan bila berdua dirumah yg agak besar dan sunyi itu. Kalau nak kata sunyi, tv ada, astro ada, husband pun smpai sanggup bli channel yg best utk kami bersama. Tapi tu la..ttp jua sunyi. Kalau ada anak mungkin ok kot. Ni tidak, yg ada hanya c Jot dan c Buruk. Kucing kesayangan kami yg sangat nakal. itu jala peneman dikala sunyi.
Sabtu, my bestie pula balik Labuan dah. Bermulalah segala kesunyian lagi. Hurm.. bilalah lagi dapat berjalan2 bersama mereka . Ada hati utk pindah ke Labuan, yalah..elaun sana besar. Gaji pun besar. Dapat hang out dgn bestie hari2. Sbb diala sahabat dunia akhirat aku yg sangat memahami aku. adei...kalau dah pindah kat sana, bleh beli kereta Lancer. Hurm..akan dipikirkan kemudian. Itu planning terawal setakat ini. Sbb aku tau, aku akan ditukarkn tak lama lagi. Sbb???? Penyiasat yg tidak bertauliah tu la. Gara-gara sikap sesetengah manusia dalam pejabat, habis satu opis jadi mangsa keadaan. Ni lah yg dikatakan gila kuasa!! AKu makin tidak selesa bekerja di tempat yg indah ini. AKu semakin rasa terancam kerana tidak ada lagi kebahagiaan dalam suasana seperti dulu..
Ntahla..aku makin tidak faham. Apa sebenarnya yg terjadi dgn periuk nasi kami. Heranla. Ntahla..buat la sesuka hati korang. Korang mau buat tempat kami tu tmpat jajahan korang, terpulang. Asal korang tidak mengganggu life peribadi aku sudah!
Hurm..esok dah nak kerja. Aku jadi malas. Sbb keadaan kami yg dah tak seperti dulu. Bnda semakin menjadi. Semakin membesar. Pedulilah. Itu semua kerja org2 pintar. Dorang yg mulakan, dorang la juga yg WAJIB akhiri semua itu. Jika tidak, keadaan semakin teruk dan semakin menggugat. Percayalah, sebuah organisasi tidak akan bahagia jika tidak ada satu hati dan keserasian sesama rakan sepejabat...
Adiosss~~
No comments:
Post a Comment