Monday 14 January 2013

ENTRI 2012

dah setahun berlalu..aku rasa mcm baru ja last year aku buka belog niii.haish,mmg cpat masa berlalu.banyak kisah aku hadapi masa 2012... dan banyak jua pencapaian telah aku genggami,cewah,bykla sangat! antaranya aku dianugerahkan Anugerah Pekrkhidmatan Cemerlang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada bulan Mei 2012. Alhamdulillah sangat berterima kasih pada boss aku yang paling sporting iaitu En Farzi AHmad atas pencalonan ku sebagai pekerja cemerlang..dah rezki aku nok nak buat cmana lagi.heheh

Tahun lps jua adalah tahun yg paling sibuk dengan kursus tambahan. Smpai bulan 12 baru la habis kursus kami,besa tahun 2011 bulan 12 teda suda kursus.boleh la rilek2. Tahun 2012 juga banyak kenduri kawen kawan2 aku yang aku telah pegi.Dah ada yang bersalin pun. Imeliah, Dayang, Bainddah,dan incoming mummy, Anja. Nasib la anja ko giving birth pada 17 Januari 2013, sehari slps besday aku!! baby boy pulak tu.. hurm apapun tahniah kawan2 semua sbb dah ada waris dan harta dunia akhirat buat kalian.Ada juga yang akan mendoakan kalian di alam kubur nanti kan. AKu?? HUrm... mungkin belum rezeki lagi agaknya. Tunggu lah..insyaallah akan sampai jua rezeki anak ku. Amin..

Oh ya, nak crita sikit. Husband ai pun dah dapat keja gomen. Best sangat sbb dapat tgk husband bahagia dan dia suka dgn kerja dia skg. Biarpun hanya seorang PILOT a.k.a pemandu di Jabatan kerajaan tapi kami happy sgt sbb masa dpn dia dah terjamin sehingga dia mncapai umur pencen. Seronok tak terhingga. Smpaikan masa nak beli baju batik pun rasa eksaited. Katanya, keja gomen byk beza dgn keja swasta. Lebih rilek dan tak payah nak pikir sangat. Dulu masa dia sorang Supervisor (kalau di jabatan kerajaan dia digelar Pen. Pembantu Tadbir Gred N27), semua keja dia yang arahkan. Skg, dia jadi kuli batak!! takleh nak bersuara lebih2 sbb dia hanyalah seorang pemandu dan taulah keja gomen ni, bila org bawahan bersuara airliur tak laku! heheh so aku hanya peringatkan dia supaya buat jak keja seikhlas hati. Cian dia.. tapi best juga smlm bila balik keja dia cerita pasal dia komplen bahagian kewangan dia. Yala, dah 2 bulan gaji masih tak masuk lagi. Bila follow up, rupanya budak kewangan simpan boucer dia buat kenangan dalam fail. So apalagi si laki ni pegila push suruh buat. benda tinggal hantar jak lagipun dorang dah sign boucer tu. Time tu jugala budak kewangan tu hantar ke bendahari negeri. dalam hati aku, berani juga laki aku ni bersuara. maka dia hanyalah seorang drebaaaa.. heheh, aku peringatkan dia lagi, dia hanyalah dreba dan tak perlu nak push2 orang suruh buat kerja cmana ko buat kat ofis lama. Katanya, bahagian kewangan sangat lembab!! takkan nak biarkan dorang goyang kaki tak buat gaji org,gila ko teda gaji!! hah... trus aku kata Syabasss!!! heheh

Tula dia laki aku. Kalau dia mau, mau la. Kenapala orang teda duit,boleh jadi ada duit oleh dia. PAstu orang admin tu tanya dia dulu dia keja mana. Dia pun nda tepikir knp org tanya mcm tu. Dia crita la pasal tmpat keja lama dia. cmana dia uruskan orang bawahan. tediam jugala. Dunia sekarang, tak perlu berkelulusan tinggi utk bekerja. cukup sekadar pengalaman yang luas.. hehe

ih sambung next entry laa!!


R>I>N>D>U

15 Januari 2013

yess!! laaamaaa sangat mmg aku tak hapdet status aku ni. dekat setahun jua. maklumla sibuk memanjang dengan aktiviti pejabat dan kehidupan harian ku sebagai seorang isteri dan penjawat awam yang cemerlang. cehh, baru mengaku cemerlang. *CEMERLANG LA SANGAT*

Jam memunjukan 7.36 am. dan hari ni aku datang pejabat seawal 6.30 am sbb ikut si laki pnya time pigi kerja.Yes aku takut mo naik p atas (pejabat baru). Kalau di Pejabat SUK aku tak kisah. Dahlah jauh nak naik, jauh dari org ramai tapi dkat dengan kelas.. fuhh lega! dah sampai atas,kosong, gelap,sunyi. aku pun bagi la salam masa buka pintu bilik,manala tau ada bnda yg nak propa pagi2 ni. Sampai bilik aku pun terus pasang lagu2 dan pasang mekap! hah,sempat!! dlm masa pasang mekap smpat juga mengerling ke kiri ke kanan sbb takut. mcm2 juga cerita yg ku dgr sini ni. haizz..

apapun mari kita mulakan kursus kita pada hari ini dengan semangat dan azam yang baru sempena kursus pertama bagi tahun 2013..

**tak sabar nak menanti 16 Januari 2013**

Lempang?? muntah?? eh sabarla..nnt nak hapdet hari esok yer...

BYE!!!