Wednesday 27 April 2011

Ambuyat

Again! for the second tym aku melancarkan program makan ambuyat drumah ku bersama kawan-kawan sepejabat! ini disebabkan oleh ibu mengandung yg teringin sangat mo makan bnda tu. Kan org tua2 kata, ambuyat ni bisa. Kalau mo  makan n dah sebut, tidak boleh tunggu dan mesti kena beli juga.. Haaa oleh yg demikian, aku bersama geng bas sekolah pun pergilah ke pasar di petang hari. Dahlah hujan, nasib pasar pekan Telipok aja. Apa lagi, kami pun rembatla ikan basung 1 kg, pakis 2 ikat, belacan, lada 2 bungkus, ikan lumahan 5rgt, terung 1 ikat, kacang botol 1 ringgit, timun 1 ikat, cikui 2 biji.. ha ambek ko!


Set ambuyat

Orang bujang tu masak sayur pakis jer..yg sorang lagi tu potong tembikai n goreng ikan. Mmg bajet ambik yg senang2 ja laa..pandainya..

Aku siap dgn sup ikan aku, sambal belacan aku, n menumpah ambuyat. Org tua-tua kata menumpah ambuyat ni banyak pantang larangnya. Tak boleh bercakap. Btol ka?? semalam aku siap ketawa2 lagi masa menumpah. Yg bestnya, semalam aku menumpah atas kuali sbb aku teda cerek manual. Heater ja aku ada. Tp best jugala sambil disaksikan rakan-rakan yang 1st tym tgk ambuyat. Hehe..
gambar sekadar perhiasan. Tapun.


Malangnya aku teda snap gmbar pula utk aktiviti semalam. Tapi mmg marveles la sbb cecah ambuyat aku paling manang!! Cuba imagine jakla kan, cecah aku buat sambal belacan + kuah ikan masak kuning + ikan basung goreng. Mimang mantap. Pedas. Husband aku makan smpai berpeluh2. Aku dah tau dah, kalau husband aku makan berpeluh2 means makanan tu mmg sadap dan kena dgn selera dia. Ha...pandaikan bini aby ni masak.
Ini cicah utk ambuyat. Padas,asam,semua ada!YUMMY..

Mamposs...aku lupa dgn en kolat n pian. Aku dah jemput dorang pun. Dorang pun tak smpai2.. Tgh2 makan, baru teringat. Ha,sudah terlanjur..ndapala,next tym ok kot yer en kolat. Lgpun, kolat bukan pandai makan ambuyat.heheh

Ambuyat ni ekceli makanan suku kaum Berunai. Tapi kat Sabah ni ramai suku kaum pandai makan. Bajau, cina, Kadazan, Dusun, tapi tidak semua pandai makan. Masa aku d putrajaya dulu, aku pernah buat juga ambuyat ni. Makan dgn housemate. Masa tu housemate org Terengganu. at 1st dia geli tgk sbb mcm gam. Tapi last, dia yg habiskan. Siap minum lagi kuah aku tu..
Ikan goreng,kerabu tauge,timun,ikan sambal.



inilah dia namanya Candas.Untuk cungkil ambuyat tersebut.
Jom Makan!! Tapun.


Kawan-kawan,cubalah resepi ini dan makan beramai-ramai k. Kalau boleh satu kampung sbb mmg berselera tau! Selamat mencuba.

Tuesday 26 April 2011


 Aduh... bila membuat blog walking tadi terjumpa entry ini...sadiss!! Tq kawan..

Jadi sama-samalah kita menginsafkan diri.. Insyaallah...

Simptom-simptom kita ni makin jauh dari Allah. simptom2nya selalu sudah ditunjukkan tetapi manusia tak sedar kerana hatinya gelap , matanya dibutakan, akalnya dipendekkan , dan syaitan sentiasa ingin menemaninya 24 jam sehari........nauzubillah..

Antara simptom2nya adalah..
1. fikiran serabut,
2. cepat marah..
3. selalu merasa bosan..
4. poket kering....
5. hutang keliling pinggang....
6. datang penyakit ...
7. hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya...
8. dihina dan dipinggir orang....
9. wajahnya penuh kusut dan kusam...
10. dia senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi dia menangis apabila dia sendirian...
11. masalah datang bertimpa2....
12. lambat jodoh...
13. tidak mendapat zuriat...
14. tidak merasa puas...
15. keliru dengan identiti /keinginan dalam hidup...
16. bahagia yang sementara...
18. sering ada penghalang dalam urusan kehidupan...
19. nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya...
20. menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas....

Monday 25 April 2011

Besday My Mother In Law

Semalam, 25 April 2011 adalah merupakan Hari Lahir Ibu mertuaku yg ke 52 tahun. Planning pun last minit, macm besala kan. Ptg tu adik ipar ku call tanya apa planning mlm utk besday my mum in law. Aku kata tak kisah mana-mana janji celebrate. Yelah..dialah satu2nya ibu mereka. Merekalah tmpat ibu merutaku bermanja. Siapa lagikan..takkan miaw2 yg kat umah tu. So, last night is Hers. She deserve to celebrate it. Sebagai tanda kasih sayang kami kepada dia. Biarpun ala kadar, kelam kabut, tapi ttp dilaksanakan jua. Kami celebrate sana Krishna Fish Curry House, Donggongon. Dialah kesayangan kami tmpat kami mengadu nasib. Nasib?? Haa aku sebagai menantu perempuan dia, sgt memahami dia dan aku dah pesan kat husband, kalau senang nanti jgn lupa ibu. Sbb dengan kudrat 4 kerat tulah dia membesarkan kamu tanpa kasih sayang seorang ayah. Kamu jadi mcm apa yg sekarng ni pun sbb ibu itulah yang menjaga kamu dan membesarkan kamu enam beradik. Sungguhpun begitu, dia tetap bersabar dan sekarang lihatlah. Allah swt itu Maha mengetahui. Masing-masing dengan kehidupan. Nak kata susah, tidak. Nak kata senang pun tidak. Tapi memadai dengan apa yg telah korang semua capai.

Aku baru ja setahun hidup bersama mereka. Raya pun baru sekali bersama-sama. Bila berkumpul, aku dapat rasakan yg ibu mertua ku bukanlah seorang yg miskin seperti yg selalu dilemparkan dari mulut nya sendiri. Malah aku bangga dengan wanita itu kerana telah mendidik anak-anak dengan baik sekali walau susah macamana pun dia. Anak-anak jua keutaman beliau. Yalah, sungguhpun tiada harta dunia, tapi akhirat insyaallah...Sekali pun dia tiada didunia ini nanti, enam beradik inilah yang akan mendoakan dia kelak. Enam beradik inilah, bila bersatu dan berkumpul terpampang di raut wajah wanita tua itu betapa gembiranya dia melihat kami. Ramai, riuh, dengan senda gurau. Hidup dia tidak sunyi. Biarpun dia selalu berkata demikian. Dia tidak pernah menyusahkan kami walaupun dia susah cuma kami sahaja yg selalu menyusahkan dia tanpa kami sedari.

Aku bangga dengan wanita tua ini. Masih kuat bekerja menyara hidupnya sendiri. Anak-anak masing-masing dah bekerja dan berumahtangga. Senang. Dan di Hari Lahir beliau inilah tempat kami menunjukkan kasih sayang kami bahawa kami tidak pernah lupa akan tarikh tersebut. Ingatlah wahai ipar-ipar ku, biras-biras ku jagalah mama kerana dia mama yg sangat baik. Sangat. Mudah-mudahan hidupnya diberkati Allah swt dan diberikan rezeki yg halal..

Kami mendoakan yg terbaik buat mama.. Kami sayang mama seperti mana mama sayang kami. Selamat Hari Lahir mama... 

Yg peace tu kak ida. Anak mama no 2.Seblahnya tu husband kak ida.Namanya Abg shah.Inspektor tuu.Yg seblah tu anak mama no3. Abg jul. Dia director di sebuah company.Dia dah berkahwin tp syg wife nya tidak dpt dtg sbb ada famly dari hongkong dtg. Wife dia berketurunan Cina. Seblah abg jul tu abg zz. Anak sulung mama.Itu Man Co dkt Sutera Harbour Hotel.Seblahnya fini,tunangnya.Dorang pun mau kawen udah tu ujung tahun ni.Seblah fini, Kaini. Anak Bongsu. Blum kawen tp udah kerja tmpat abg jul. Seblah tu bf nya. Namanya Awang Jaini. Haa yg baju oren ala2 hindustan tu la Husband ai. Anak mama no 4 dan lelaki bongsu. Kerja dkt tmpat abg jul juga sbg supervisor. Tak lama lagi,kalau ada rezki masuk gomen la dia.KALAU.dan MAMA... tuuna diseblah saya. Separuh ja muka dia. Org yg diraikan..hehe

Ane..apa ko buat tu..

Kaini sentiasa redy dgn kamera

aku tukang putung kek jak..haa tu la anak buah namanya si Shafik! Comel tau,baru 2 tahun dah pandai bergaya,cakap ala2 pelat thailand!

Mama suka begambar angkat hidung.Tula tinggi sangat. Hepy besday mama!

Kari kepala ikan

Tgkla kami. Abg jul n awang ja redi.
banyak lagi picture tp ni yg sempat di curi di tmpat abg jul.

Mama the best! Luv u mama...

Mengimbau Hari Bahagia Ku

Mekap tym. 29 Jan 2010. Jumaat.

Ha dah siap. Tunggu masa untuk lafaz akad ja lg.

Masa ni tunang ku awal sejam dari tok kadi.

cincin kami.biarpun simple,tp bermakna.

senyum mendengar khutbah nikah

bapaku sendiri yg mengakadkan suami ku. Masa ni tgh tanya Sah atau tidak. Maka dgn sekali lafaz,aku sah menjadi miliknya..amiin..

Jom berinai

Hari persandingan ku. Kawan2 skolah suma datang. Anda bila lagi???

Dah kawen!! yeahhh...


Tak puas layan picture kan. Kalau mau layan cerita aku pasal hari perkahwinan kmi ni smpai besok pun aku masih bercerita. Hehe..
Aku ni biarpun masih belum buncit perut, aku ttp akan kata aku masih pengantin :)

Best tau jadi pengantin. Makan sesama,tido sesama, tgk tv sesama. 
Kalau aku sakit, dia jaga.
Aku lapar, dia masak.
Aku penat, dia urut.
Aku masak, dia kemas umah.
Aku merajuk, dia pujuk.
Aku marah, dia cool.
Tgk wayang, dia bayar.
Nak bercuti, dia ada.
Nak pelok, dia ciom. 
*upsss unsur2 18sx
Nak nangis, dia tadahkan bahu.
Nak duit, dia bagi.
Kalau masa bujang ko takda duit, sapa bagi ko???
pikirla sendiri..

Hehe perkahwinan ni ibarat Kopi dan Gula. Kurang gula, maka pahitla kopinya. Saling melengkapi.
Biarpun aku dah kawen setahun 5 bulan, percintaan kami tetap seperti dulu. Gadoh2 tu biasala...
Adat resam rumahtangga. Nak marah pun, bukan bleh buat apa.
Segeralah minta mahap. Sbb syurga ISTERI dibawah telapak kaki SUAMI tau!

Ceh..pandai bagi nasihat. Biasalah kan, rumahtangga. Tak ada yg manis sahaja...
Jadi, sapa2 yg belum kwen tu tak perlu la simpan bf atau gf tu lama2. Kalau dah rasa selesa, ada duit, kaewenla. Seronok..

Kak aini, Yut dah onda way tu. Jgn tinggal akak sorang lagi tau. jeng3...

Sunday 24 April 2011

Kemalasan melanda

Nah beginilah saya


Bak kata Kak Aini, Jgn terlampau banyak fikir, nnt saluran kapilari darah boleh pecah. Waaa takoott~~

Jom Kerja!

Kembali Sunyiii~~

Phew.. 

Esok dah nak kerja. Cuti 3 hari ni mmg tak pernah sunyi. Jumaat lps,good friday. Haritu famly husband suma gather kat umah I. Best! Dapat jumpa anak buah si capik yg dah semakin petah berkata-kata.. Dah pandai sebut nama ayi, abah.. comel. Then kami makan ambuyat. Ramai2 buat kali pertama kami berkumpul makan bersama. Masak terjun. Tapi mmg best sbb aku slalu sunyi kan bila berdua dirumah yg agak besar dan sunyi itu. Kalau nak kata sunyi, tv ada, astro ada, husband pun smpai sanggup bli channel yg best utk kami bersama. Tapi tu la..ttp jua sunyi. Kalau ada anak mungkin ok kot. Ni tidak, yg ada hanya c Jot dan c Buruk. Kucing kesayangan kami yg sangat nakal. itu jala peneman dikala sunyi.

Sabtu, my bestie pula balik Labuan dah. Bermulalah segala kesunyian lagi. Hurm.. bilalah lagi dapat berjalan2 bersama mereka . Ada hati utk pindah ke Labuan, yalah..elaun sana besar. Gaji pun besar. Dapat hang out dgn bestie hari2. Sbb diala sahabat dunia akhirat aku yg sangat memahami aku. adei...kalau dah pindah kat sana, bleh beli kereta Lancer. Hurm..akan dipikirkan kemudian. Itu planning terawal setakat ini. Sbb aku tau, aku akan ditukarkn tak lama lagi. Sbb???? Penyiasat yg tidak bertauliah tu la. Gara-gara sikap sesetengah manusia dalam pejabat, habis satu opis jadi mangsa keadaan. Ni lah yg dikatakan gila kuasa!! AKu makin tidak selesa bekerja di tempat yg indah ini. AKu semakin rasa terancam kerana tidak ada lagi kebahagiaan dalam suasana seperti dulu..

Ntahla..aku makin tidak faham. Apa sebenarnya yg terjadi dgn periuk nasi kami. Heranla. Ntahla..buat la sesuka hati korang. Korang mau buat tempat kami tu tmpat jajahan korang, terpulang. Asal korang tidak mengganggu life peribadi aku sudah! 

Hurm..esok dah nak kerja. Aku jadi malas. Sbb keadaan kami yg dah tak seperti dulu. Bnda semakin menjadi. Semakin membesar. Pedulilah. Itu semua kerja org2 pintar. Dorang yg mulakan, dorang la juga yg WAJIB akhiri semua itu. Jika tidak, keadaan semakin teruk dan semakin menggugat. Percayalah, sebuah organisasi tidak akan bahagia jika tidak ada satu hati dan keserasian sesama rakan sepejabat...

Adiosss~~

Thursday 21 April 2011

Berholidayyy!!

Kawan2 meh tgk sini. Pic kitorang g Pulau Sapi haritu. Pada kawan2 yg nak pegi, silalah tgk pic ni dulu yer..Pic tak banyak sbb tukang snap tak ada pulok..tpksa syok sndiri...


   
Menunggu bot kami di tengahari. Masa ni pkul 12.45 pm. Agak2 la p pulau tghari. Confirm hangusss..

   
Membawa si Ibu mengandung dgn penuh hati2..





Naa bersedia utk menaiki boat! Sumpah sangat laju dan aku sgt ngeriiii!!




Posing pasangan pengantin baru yg dah nak jadi ibu diatas boat sebelum bertolak..best3!  


Perjalan ke Pulau Sapi dengan menaiki boat mengambil masa selama 15 minit sebenarnya. Tetapi..boat kami tu hanya mengambil masa selama 6 - 7 minit utk smpai ke sana. Gila laju kan??? hurm..takpe,teruskan layan...

Ni dah smpai ke destinasi iaitu Pulau Sapi,Kota Kinabalu.

Dah masuk pun. Ni pun kna bayar RM3.00 utk masuk.




Siap utk ke para sailing! Aku takmau naik..takut..
Dia bawa ke tempat yg jauh utk para sailing.Katanya,ke tmpat yg byk ikan paus supaya boleh gigit kaki ckit..uwaaa~~

Gembiranya aku! Dahla kering...hurmm

Itu payung dah ready.Mo kna buka suda tu..

Bestie dan suami.Nmpak pucat jer c kawan tu..ekekek

ini baru permulaan.Lps ni lagi tinggi..GAYAT ok.

sementara dorang berpara sailing,kami pun bergambar.

begitu juga dgn c mumy dan daddy.

Haa..dah landing pun.Pucat tak?Best tak? Try dulu baru tahu..

snookling.nak ikot banana boat tp tak muat. :(

Akhirnya kmi mkn d Nasi Padang dkt Jetty Jeselton.


Masa hari ni mmg planning last minit juga. Bayangkanlah tghari baru pi pulau. Mmg panggilan Pulau betul la. Sbb planning my bestie ba ni. Dorang dari labuan kan. Jdi merelease tension mereka disinila. Mmg enjoy. Kalau ada masa mmg mau pigi lagi ni. Mungkin Pulau Mamutik.

Nak tahu selepas aku seharian bersnookling bersama ibu mengandung (wawa), aku jadi pening. Mungkin terlalu asyik berada di dalam laut tgk keindahan dasar laut yg dipenuhi ikan yg very jinak u! Mmg best! Air mmg sangat jernih. Kat tepi laut tu pun dah bleh jumpa ikan dan boleh feeding. Aku mmg tak pandai nak snookling2 ni apatah lagi swimming. Redah jer la...


Kat sabah ni mmg best kalau pegi pulau. Games dia sama ja tapi lebih advanture sbb dkt laut yg agak dalam dia buat banana boat dan para sailing. Kalau dkt PD tu tepi2 laut jak. takla adventure. Hehe... Next tym sapa nak pegi Sabah, mesti pegi pulau. Mmg best! Ok, jumpa lagik!


Tuesday 19 April 2011

Pulau Sapi

Mau crita ba ni pasal week end yg lps bersama kawan2... tgu tau! siap ada pic lagi nie,confirm best..

Monday 18 April 2011

Kejadian

Hari ini hari paling bersejarah sekali aku d INTAN sabah yg gemilang ni.. terima kasih sbb meninggalkan tanda bersejarah dalam hidupku pada harini..

Nilah org cakap kalau kerja rushing,everything must b perfect b4 anything will happen soon. Sblm aku kena marah oleh bos2 atau para pelanggan khususnya penceramah aku, aku akan pastikan bnda aku buat semua perfect! Aku mmg akan berfikir smpai habis atas sebarang kemungkinan. Kadang2 kemungkinan aku tu buat org gelak sbb hanya aku yg boleh terfikir sejauh itu. Org kata bersedia dgn setiap permasalahan. Tapi aku tidak nafikan yg aku juga sorang yg agak careless dalam buat kerja. spesiali bnda2 kecik. mmg tak boleh nak pikir.

Pagi tadi, masa aku mau pigi cek kelas, pastikan mana yg On, kemas ka tidak kelas, peralatan cukup ka tdk. Sbb pagi ni kelas aku akan dimulakan dengan penceramah luar, dari Jabatan Perhutanan pula tu. Bila aku dah on segala bnda yg ada dalam kelas, letak senarai kehadiran, senarai gambar, dan segala senarai lagi atas meja peserta, aku keluar cek ekon sbb aku rasa kelas agak panas dan ekon mcm tidak berfungsi. Aku pun terjumpalah dgn mamat ekon ni, si pian yg ngok ngek. Aku cakapla kat dia yg ekon kat kelas aku mcm tak berfungsi.. Boleh2 dia berlalu begitu sahaja. Mmg aku tau dah dia sengaja nak kenakan aku. So aku pun pergi kejar dia dengan melangkah lebih pantas bersama HIGH HEELS aku 3 inchi tu. Smpailah aku kat depan kelas tu smbil aku membebel2 kat si pian.

Masa aku turun tangga dengan penug vouge, aku terasa hilang kawalan!! Aku rasa mcm aku nak jatuh. Tapi yes!!! Mmg aku jatuhh sbb high heels aku tuuuuuu!! Dan aku sempat berfikir utk jatuh dengan anggun sekali dengan meletakkan tangan kiri aku dahulu di hujung lantai...BEDEBAB!!!! kaki aku dua-dua mengadap siling bersama tangan aku landing dengan selesa ke atas lantai! Waduhhhh...jika ada kamera cc aku ingin sekali melihat aksi gerak perlahan aku itu. Waduh... settelah aku landing dengan anggun, aku bangun serta merta dan si ngok ngek tgh meriah gelak kat aku!! AHhhh ini semua kau punya pasal! Dan yg aku malu yg teramat sangat, ada budak BTC yg baru keluar dari tandas tercengang melihat aku yg vouge itu baring atas lantai. Ingin saja aku teruskan baring disitu dan buat2 pengsan. Nasib ko lah pian bukan si Farid Kamil. Kalau tidak sudah pasti ko akan menjadi hero aku pada hari itu seperti drama Lagenda Budak Setan. Wahhh...

Bila aku bangun dari insiden itu, aku terasa tumit aku lain macam. Adakah aku dah cacat?? Oh tidakk... Sekali lagi budak pian tu gelakkan aku sambil tangan nya menunjuk ke arah sesuatu diatas anak tangga tersebut!! Oh tidakkkkkkkkkkk... Heels aku PATAH dan tercabut!!! Dengan perasaan penuh malu aku berlari mmendapatkan tumit ku itu dan terus berlari2 dgn keadaan kasut yg dah innalillah.. HUaaaa...

Celaka punya tangga!! Terpaksa aku berlari2 dengan sepantas2nya ke bilik aku untk mendapatkan lagi satu heels aku. Kureng! Nasib org tak nmpak. Dahla masa tu ramai org dilobi tgh brekfast,aku pula berlari2 dengan kasut cacat aku tu, Kalau lah ada org yg nmpak..sioot!!


Skg pinggang aku tgh sakit. Kaki aku lebam ok!! Sekian, terima kasih abg PIAN!!

sadis.smpai mcm ni sekali!!


Wednesday 13 April 2011

Protokol dan Etiket Sosial Bil.1

14 April 2011 Khamis


Hari ni hari terakhir berkursus. Dapat dah aku sijil kursus 3 hari. Takla bos aku tanya lagi bila nak lengkapkan 10 hari berkursus. Now aku dah ada jawapan. Ni baru 3 hari berkursus, aku kna cari lagi 7 hari...*pengsan jap*

Biarpun duduk dalam Kampus INTAN yg tenang dan damai ini hatta tempat org menghadiri kursus yang bertimbun timbun ni pun kami sebagai warga INTAn mmg susah nak lengkap kan hari utk berkursus. Knp ya? Mungkin sbb kita dah tau penceramah tu siapa? Atau sibuk sgt dengan kerja? Org lain pun sibuk juga kerja smpai sanggup tinggalkan pejabat selama 3-5 hari semata utk berkursus disini. Ada juga yg datang daripada seberang lautan. Tapi kami?? Aku sndiri tidak ada jawapanya. Dan sekarang aku sepatutnya berada dalam kelas utk slot terakhir tapi aku masih duduk di tempat aku utk menulis blog. Gampang! 

Sbnrnya aku nak buat konklusi ttg apa yg aku dapat mengenai kursus Protokol selama 3 hari ni. Aku taklah dapat byk sgt sbb aku byk kali keluar. Mungkin cara2 beradat ditempat org lah kiranya. Cara makan di majlis rasmi, letak hand bag bawah kerusi tau! bukan atas peha. itu yg baru aku tau.selama ni aku letak jak atas peha aku. patutlah nmpak cacat. malu la. 

Japla nak buat kerja..nnt sambung, sok ada seminar unit PSM lagi ni... bubye

Amatur

HUrmm tau ka belog haku yg entrinya "merayau tak tentu psaal tu" berterabur tau. Inilah buktinya saya masih lagi amatur dalam berbelog..tidak apa akan dijadikan lebih profesional lagi lps ni.

Dahlah dua hari aku siapkan entry tu. Penat tau! Kna upload pula mau 10 tahun! Nmpak sgt internet SLOW nak mammmmm!! Kalau beginilah nasib, Tidak akan kawan En Tar smpai bila2 sbb dia dah sekat mcm dalam opiss ni. Fb tak boleh, 4shared tak boleh, blog pun kdg2 ok. Nasib akula..

Minggu ni aku berkursus buat pertama kalinya. Kursus Protokol dan Etiket Sosial. Best sbb ada topik Simulasi Makan. Makan Chicken Chop. Bukan nak blajar pun tp nak hentam makanan tersebut. Nasibla td aku dahulukan kpd peserta, kalau tidak belum disuruh duduk aku dah duduk kat meja tu. Penghabisanya, aku dan amy lmbat makan sbb sesi simulasi tgh berlangsung. Terpaksa menghadap Laksa Kak Ana dulu. Sdap tau! HAri2 aku ketagih makan bnda tu.

At least aku dah tau serba sedikit ilmu ttg protokol. Yg pnting bak kata En S, Protokol ni bermaksud Ilmu bawa diri. Dimana2 pun kita perlu ada protokol. Ak paling suka contoh yg En S berikan. Contohnya begini...

Kalau ada jejaka yg mau datang merisik anak dara, dia kna datang ke rumah keluarga si anak dara. Dan apabila tiba masa makan dan berada di meja makan bersama ibu dan ayah si anak dara, adalah lebih elok jika mengambil lauk mana yg terdekat dahulu sebagai syarat. Itu adalh protokol juga.

Teringat masa husband ku dulu. Dia mmg penuh dgn protokol berbanding dgn aku. Mungkin sbb dia selalu bertemu dgn kelaurga bakal-bakal yang telah dirisik nya tu sndiri. Hehe..itulah kelebihan bila bertemu dgn ramai wanita dan dia agak berkelakuan jujur sbb terus berjumpa dgn parents wanita2 yang ingin disuntingnya. Begitu hebat suamiku!!

Kesimpulanya protokol itu sendiri berada dimana - mana.. sekian terima kasih..

Merayau tak tentu pasal

Haa ni la org ckp kalau planning last minit misti jadik punyaa. Bukan apa, kalau kita planing baik punya siap dgn aktiviti mcm2 bagai kdg dalam hotak kita ni misti pikir bnda yg tidak sepatutnya dipikir. ha pasal tu la apa bnda pun tidak akan jadik! tmbah2 lg kalau bnda bru nak jadi pastu mcm2 dalam fikiran yg boleh menghancurkan plan masa tu. trus tidak jadi tu..sbb ada masa utk berpikir dgn lebih lama kan, tula mcm2 dalam pikiran.

Weekend lps kami berkawan2 pergi merayau saaana Ranau. Konon mau p Poring la naik Kanopi walk la, mandi kolam air panas la.. Plan baik punya, apatah lagi dengan kehadiran pengantin baru kita dan juga pasangan yang tgh hangat bercinta atau yg baru mau kenal hati budi masing2...bg saya pula, biarpun sudah berpuluh2 kali datang ke Ranau, tapi rasanya lain feeling dia kalau pergi bersama keluarga, kawan2, husband, bf dan sebagainya. Yala, kalau dgn keluarga tu kenala ikut jak p man apun mereka. Pastu, tidak boleh pigi jauh la, tidak boleh naik sana la, tidak boleh terjun kolam sesuka hatilah.. bosan! Yala masa tu aku kecik lagi, mmg patutla kna jaga! Alahai.. tapi kali ni aku pergi bersama suami aku yg tersayang. Dah boleh pergi mana sesuka hati kami. Itulah maknanya best kalau dah kawen. Ko pigi la mana pun, buatla apapun, janji ko selamat dunia akhirat dan ko bersama suami ko jak. Tapi kalau pergi bersama bf, kna minta restu lagi, kna bagi limit masa lagi, hp balik2 kna call tanya bila balik. Tensen! Jadi kesimpulanya, KAWENLA wahai teman2 ku.. buat jahat pun ko dgn husband ko ja yg tau!

Perjalanan bermula sekitar jam 7.30 am. Bagi pasangan yang menunggu lama selama 30 minit di shell, minta mahap la yer...mmg kami sengaja! sbb mau kasi erat mana yg tidak erat lagi ba. Kan kami ni saksi cinta korang! wow.. Tgk si bengong di belakang tu,senyum senget lagi. Mcm la kiut! cettt...

Layan la pic ni yer...

Walaupun jalan berliku, aku ttp tabahkan hati . Sbb husband aku mmg pakar atas jalan raya! Chaiyo2...


Konvoi beb. 5 buah kereta! masing2 dgn pasangan. Yg kat blkg ni encik JPJ. Ahh,tak kisah, kami ttp potong ko yer..sorry,bercintala korang dlm kete yer...


jalan berkabuss.sila pasang lampu kereta.
Menunggu si baju hijau di simpang Kota Belud
sengal bersama pengantin baru dan bakal pengantin :)
sungguh indah ciptaan Tuhan yg Esa. Gunung Kinabalu, here I come!!
Menunggu Jemmmmm dkt Kundasang
antara yg memeriah kan sesi merayau di hari minggu






video yg menunjukkan betapa 1st tym nya kami kat cni

Pelancong dah nak start mendaki
si suami ada hati nak bunuh diri
Air terjun yg terpanjang di asia tenggara
c suami dn isteri
kmi yg sgt teruja dgn kabus
Pandanglah lihatlah...tiru mcm saya
Milik siapakah gadis ini..wajah lembut bagaikan suteraa~~
Milik siapakah jejaka ini???
Jemmm jalan ke Ranau disebabkan banjir..

Oleh sebab  kami terperangkap lagi dijalan Kundasang untuk ke Ranau, so kami pun terpaksa patah balik ke KK dgn hampanyaa..

Itulah weekend kami yg tidak menjadi. Tidak apa, planning seterusnya akan dirancang kemudian. Tunggu yer..