Wednesday, 27 April 2011

Ambuyat

Again! for the second tym aku melancarkan program makan ambuyat drumah ku bersama kawan-kawan sepejabat! ini disebabkan oleh ibu mengandung yg teringin sangat mo makan bnda tu. Kan org tua2 kata, ambuyat ni bisa. Kalau mo  makan n dah sebut, tidak boleh tunggu dan mesti kena beli juga.. Haaa oleh yg demikian, aku bersama geng bas sekolah pun pergilah ke pasar di petang hari. Dahlah hujan, nasib pasar pekan Telipok aja. Apa lagi, kami pun rembatla ikan basung 1 kg, pakis 2 ikat, belacan, lada 2 bungkus, ikan lumahan 5rgt, terung 1 ikat, kacang botol 1 ringgit, timun 1 ikat, cikui 2 biji.. ha ambek ko!


Set ambuyat

Orang bujang tu masak sayur pakis jer..yg sorang lagi tu potong tembikai n goreng ikan. Mmg bajet ambik yg senang2 ja laa..pandainya..

Aku siap dgn sup ikan aku, sambal belacan aku, n menumpah ambuyat. Org tua-tua kata menumpah ambuyat ni banyak pantang larangnya. Tak boleh bercakap. Btol ka?? semalam aku siap ketawa2 lagi masa menumpah. Yg bestnya, semalam aku menumpah atas kuali sbb aku teda cerek manual. Heater ja aku ada. Tp best jugala sambil disaksikan rakan-rakan yang 1st tym tgk ambuyat. Hehe..
gambar sekadar perhiasan. Tapun.


Malangnya aku teda snap gmbar pula utk aktiviti semalam. Tapi mmg marveles la sbb cecah ambuyat aku paling manang!! Cuba imagine jakla kan, cecah aku buat sambal belacan + kuah ikan masak kuning + ikan basung goreng. Mimang mantap. Pedas. Husband aku makan smpai berpeluh2. Aku dah tau dah, kalau husband aku makan berpeluh2 means makanan tu mmg sadap dan kena dgn selera dia. Ha...pandaikan bini aby ni masak.
Ini cicah utk ambuyat. Padas,asam,semua ada!YUMMY..

Mamposs...aku lupa dgn en kolat n pian. Aku dah jemput dorang pun. Dorang pun tak smpai2.. Tgh2 makan, baru teringat. Ha,sudah terlanjur..ndapala,next tym ok kot yer en kolat. Lgpun, kolat bukan pandai makan ambuyat.heheh

Ambuyat ni ekceli makanan suku kaum Berunai. Tapi kat Sabah ni ramai suku kaum pandai makan. Bajau, cina, Kadazan, Dusun, tapi tidak semua pandai makan. Masa aku d putrajaya dulu, aku pernah buat juga ambuyat ni. Makan dgn housemate. Masa tu housemate org Terengganu. at 1st dia geli tgk sbb mcm gam. Tapi last, dia yg habiskan. Siap minum lagi kuah aku tu..
Ikan goreng,kerabu tauge,timun,ikan sambal.



inilah dia namanya Candas.Untuk cungkil ambuyat tersebut.
Jom Makan!! Tapun.


Kawan-kawan,cubalah resepi ini dan makan beramai-ramai k. Kalau boleh satu kampung sbb mmg berselera tau! Selamat mencuba.

4 comments:

  1. NISA, bg resepi.. aku xtau buat.. xpernah makan.. tp kepingin mau makan.. hihihi

    ReplyDelete
  2. wah mkn besar Oo..best2...nnt2 mo join la sekali kami..

    ReplyDelete
  3. inang, resepinya mcm besa jak. besanya ambuyat ni makan dgn ulam2,kerabu,ikan goreng(basung) paling sadap tu. paling penting cecah ambuyat tu. yum2... pedas,masin,manis,asam...maveles.lbih kurang mcm buat sambal belacan juga tu...

    ReplyDelete
  4. enor: bah mari buat lagii..sadap kan..

    ReplyDelete