9 April 2011 Sabtu
Sabtu lps aku duk rumah jak teda p mana2 pun. Bangun pagi mcm besala mengemas,basuh kain, mop lantai, masak nasi, jemur kain.. Sedangkan laki aku masih lagi dibuai mimpi. Tula aku dah pesan kat dia. Jgn tido lewat sgt. Sapa suruh! Main POKER lagikkk!! tensen i.. last2 aku juga yg kna kejutkan dia,siapkan makanan dia,bersihkan rumah sdg kan itu sbnrnya kerja dia!! Opssss.. takpala, sekali sekala aku yg buat, nak buat camana..
Bila suma dah siap, aku buka la FB aku. Tekejut aku bila tebaca status classmate aku yg dia sedang berada di majlis pertunangan member kitorang lagi satu. Nak tahu knp aku sgt terkejut?? yala, dulu kami tigorang ni mmg slalu lepak kat luar. Kira zaman jahiliah kitorang mmg kami bertiga la. Teringat masa masuk tmpat yg tidak sepatutnya dulu. Itula 1st tym kitorang masuk dan agak ketagih juga. Bilang sakai, mungkin jugala.. Lepak dgn jantan2 yg ntah kenal dari mana ntah. Padahal org tu just nak berkenalan. Kitorang yg lebih2.. Keluar smpai tgh malam kdang smpai ke subuh. Alamatnya aku tido umah dorang sbb taula bapa aku tu, mampus aku kalau aku balik malam tu juga! kna tibai!
Masa tu masing-masing masih single. Aku pla baru lps Frust. Lagilah jadik kenakalan kami bertiga. Dan kami pernah buat satu perjanjian. Oleh kerana kami ni dah brp kali putus cinta, dipermainkan lelaki, kami cipta satu pertandingan. "360 Mencari Cinta". Yeah..mmg best. Dalam masa ini, kami bertiga mencari cinta kami masing-masing. Masa tu Bulan Jun 2009. Maknanya, Jun 2010 kami mesti ada seorang pasangan hidup!
Dan nak tau, diantara kami bertiga itu akulah orang yg berjaya sahut cabaran tersebut!! Hah..masa itulah juga aku kenal si suami aku ni. Malam tu jugak! Masa tu aku tak layan sgt..tapi oleh sbb dia tu pandai mengayat aku, naaa..jadila percintaan kami yg mengambil masa hanya 6 bulan sahaja utk mengenali hati budi masing-masing...
Dorang berdua?? Masih lagi single dan terus mencari... Dan sekarang 9 April 2011, sorang kawan tu dah bertunang. Alhamdulillah dia dah pandai mencari jalan hidup dia dan semakin matang dalam membuat haluan hidup. Yala, kalau dipikirkan masa kami bujang2 dulu,mmg sangat tidak matang. Terlalu asyik dengan permainan duniawi. Adoi.. Yang sorang lagi pula, masih mcm tula. Dan bila aku bertanya bila lagi nak jadi mcm kami?? Dia jawab 360 hari x 2, itulah jawapanya!! aahahahah aku terhibur dgn jawapan member tu. Skg umur kami dah 25 tahun. Perempuan pula tu. Kalau dari segi amaran banjir, Mmg kami di tahap Kuning. Takpa, kalau ada jodoh takkan kemana. Semua tu Allah yang tentukan..Sabar yer kawan..
Pic tunang tu nntla ku upload yer sbb masih tak transfer lagi. ada dalam Hp husband lagi. Buat kawan ku Siti Noraisah Musa, Selamat Bertunang dan selamat menjalani hidup sebagai tunang org. Darah manis, kna jaga tau.. Luv You!
No comments:
Post a Comment