Monday, 25 April 2011

Besday My Mother In Law

Semalam, 25 April 2011 adalah merupakan Hari Lahir Ibu mertuaku yg ke 52 tahun. Planning pun last minit, macm besala kan. Ptg tu adik ipar ku call tanya apa planning mlm utk besday my mum in law. Aku kata tak kisah mana-mana janji celebrate. Yelah..dialah satu2nya ibu mereka. Merekalah tmpat ibu merutaku bermanja. Siapa lagikan..takkan miaw2 yg kat umah tu. So, last night is Hers. She deserve to celebrate it. Sebagai tanda kasih sayang kami kepada dia. Biarpun ala kadar, kelam kabut, tapi ttp dilaksanakan jua. Kami celebrate sana Krishna Fish Curry House, Donggongon. Dialah kesayangan kami tmpat kami mengadu nasib. Nasib?? Haa aku sebagai menantu perempuan dia, sgt memahami dia dan aku dah pesan kat husband, kalau senang nanti jgn lupa ibu. Sbb dengan kudrat 4 kerat tulah dia membesarkan kamu tanpa kasih sayang seorang ayah. Kamu jadi mcm apa yg sekarng ni pun sbb ibu itulah yang menjaga kamu dan membesarkan kamu enam beradik. Sungguhpun begitu, dia tetap bersabar dan sekarang lihatlah. Allah swt itu Maha mengetahui. Masing-masing dengan kehidupan. Nak kata susah, tidak. Nak kata senang pun tidak. Tapi memadai dengan apa yg telah korang semua capai.

Aku baru ja setahun hidup bersama mereka. Raya pun baru sekali bersama-sama. Bila berkumpul, aku dapat rasakan yg ibu mertua ku bukanlah seorang yg miskin seperti yg selalu dilemparkan dari mulut nya sendiri. Malah aku bangga dengan wanita itu kerana telah mendidik anak-anak dengan baik sekali walau susah macamana pun dia. Anak-anak jua keutaman beliau. Yalah, sungguhpun tiada harta dunia, tapi akhirat insyaallah...Sekali pun dia tiada didunia ini nanti, enam beradik inilah yang akan mendoakan dia kelak. Enam beradik inilah, bila bersatu dan berkumpul terpampang di raut wajah wanita tua itu betapa gembiranya dia melihat kami. Ramai, riuh, dengan senda gurau. Hidup dia tidak sunyi. Biarpun dia selalu berkata demikian. Dia tidak pernah menyusahkan kami walaupun dia susah cuma kami sahaja yg selalu menyusahkan dia tanpa kami sedari.

Aku bangga dengan wanita tua ini. Masih kuat bekerja menyara hidupnya sendiri. Anak-anak masing-masing dah bekerja dan berumahtangga. Senang. Dan di Hari Lahir beliau inilah tempat kami menunjukkan kasih sayang kami bahawa kami tidak pernah lupa akan tarikh tersebut. Ingatlah wahai ipar-ipar ku, biras-biras ku jagalah mama kerana dia mama yg sangat baik. Sangat. Mudah-mudahan hidupnya diberkati Allah swt dan diberikan rezeki yg halal..

Kami mendoakan yg terbaik buat mama.. Kami sayang mama seperti mana mama sayang kami. Selamat Hari Lahir mama... 

Yg peace tu kak ida. Anak mama no 2.Seblahnya tu husband kak ida.Namanya Abg shah.Inspektor tuu.Yg seblah tu anak mama no3. Abg jul. Dia director di sebuah company.Dia dah berkahwin tp syg wife nya tidak dpt dtg sbb ada famly dari hongkong dtg. Wife dia berketurunan Cina. Seblah abg jul tu abg zz. Anak sulung mama.Itu Man Co dkt Sutera Harbour Hotel.Seblahnya fini,tunangnya.Dorang pun mau kawen udah tu ujung tahun ni.Seblah fini, Kaini. Anak Bongsu. Blum kawen tp udah kerja tmpat abg jul. Seblah tu bf nya. Namanya Awang Jaini. Haa yg baju oren ala2 hindustan tu la Husband ai. Anak mama no 4 dan lelaki bongsu. Kerja dkt tmpat abg jul juga sbg supervisor. Tak lama lagi,kalau ada rezki masuk gomen la dia.KALAU.dan MAMA... tuuna diseblah saya. Separuh ja muka dia. Org yg diraikan..hehe

Ane..apa ko buat tu..

Kaini sentiasa redy dgn kamera

aku tukang putung kek jak..haa tu la anak buah namanya si Shafik! Comel tau,baru 2 tahun dah pandai bergaya,cakap ala2 pelat thailand!

Mama suka begambar angkat hidung.Tula tinggi sangat. Hepy besday mama!

Kari kepala ikan

Tgkla kami. Abg jul n awang ja redi.
banyak lagi picture tp ni yg sempat di curi di tmpat abg jul.

Mama the best! Luv u mama...

No comments:

Post a Comment