Monday, 18 April 2011

Kejadian

Hari ini hari paling bersejarah sekali aku d INTAN sabah yg gemilang ni.. terima kasih sbb meninggalkan tanda bersejarah dalam hidupku pada harini..

Nilah org cakap kalau kerja rushing,everything must b perfect b4 anything will happen soon. Sblm aku kena marah oleh bos2 atau para pelanggan khususnya penceramah aku, aku akan pastikan bnda aku buat semua perfect! Aku mmg akan berfikir smpai habis atas sebarang kemungkinan. Kadang2 kemungkinan aku tu buat org gelak sbb hanya aku yg boleh terfikir sejauh itu. Org kata bersedia dgn setiap permasalahan. Tapi aku tidak nafikan yg aku juga sorang yg agak careless dalam buat kerja. spesiali bnda2 kecik. mmg tak boleh nak pikir.

Pagi tadi, masa aku mau pigi cek kelas, pastikan mana yg On, kemas ka tidak kelas, peralatan cukup ka tdk. Sbb pagi ni kelas aku akan dimulakan dengan penceramah luar, dari Jabatan Perhutanan pula tu. Bila aku dah on segala bnda yg ada dalam kelas, letak senarai kehadiran, senarai gambar, dan segala senarai lagi atas meja peserta, aku keluar cek ekon sbb aku rasa kelas agak panas dan ekon mcm tidak berfungsi. Aku pun terjumpalah dgn mamat ekon ni, si pian yg ngok ngek. Aku cakapla kat dia yg ekon kat kelas aku mcm tak berfungsi.. Boleh2 dia berlalu begitu sahaja. Mmg aku tau dah dia sengaja nak kenakan aku. So aku pun pergi kejar dia dengan melangkah lebih pantas bersama HIGH HEELS aku 3 inchi tu. Smpailah aku kat depan kelas tu smbil aku membebel2 kat si pian.

Masa aku turun tangga dengan penug vouge, aku terasa hilang kawalan!! Aku rasa mcm aku nak jatuh. Tapi yes!!! Mmg aku jatuhh sbb high heels aku tuuuuuu!! Dan aku sempat berfikir utk jatuh dengan anggun sekali dengan meletakkan tangan kiri aku dahulu di hujung lantai...BEDEBAB!!!! kaki aku dua-dua mengadap siling bersama tangan aku landing dengan selesa ke atas lantai! Waduhhhh...jika ada kamera cc aku ingin sekali melihat aksi gerak perlahan aku itu. Waduh... settelah aku landing dengan anggun, aku bangun serta merta dan si ngok ngek tgh meriah gelak kat aku!! AHhhh ini semua kau punya pasal! Dan yg aku malu yg teramat sangat, ada budak BTC yg baru keluar dari tandas tercengang melihat aku yg vouge itu baring atas lantai. Ingin saja aku teruskan baring disitu dan buat2 pengsan. Nasib ko lah pian bukan si Farid Kamil. Kalau tidak sudah pasti ko akan menjadi hero aku pada hari itu seperti drama Lagenda Budak Setan. Wahhh...

Bila aku bangun dari insiden itu, aku terasa tumit aku lain macam. Adakah aku dah cacat?? Oh tidakk... Sekali lagi budak pian tu gelakkan aku sambil tangan nya menunjuk ke arah sesuatu diatas anak tangga tersebut!! Oh tidakkkkkkkkkkk... Heels aku PATAH dan tercabut!!! Dengan perasaan penuh malu aku berlari mmendapatkan tumit ku itu dan terus berlari2 dgn keadaan kasut yg dah innalillah.. HUaaaa...

Celaka punya tangga!! Terpaksa aku berlari2 dengan sepantas2nya ke bilik aku untk mendapatkan lagi satu heels aku. Kureng! Nasib org tak nmpak. Dahla masa tu ramai org dilobi tgh brekfast,aku pula berlari2 dengan kasut cacat aku tu, Kalau lah ada org yg nmpak..sioot!!


Skg pinggang aku tgh sakit. Kaki aku lebam ok!! Sekian, terima kasih abg PIAN!!

sadis.smpai mcm ni sekali!!


No comments:

Post a Comment