Tuesday 3 May 2011

Mrs Komplen

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Yang Berbudi Bahasa Bil.2/2011 sedang berjalan dengan lancarnya. Awal pagi lagi aku dah bagi da bomb kat peserta-peserta aku mcm biasa. Sentiasa senyum dgn apa sahaja karenah peserta adalah Motto aku. Makllumlah, aku bekerja dgn manusia ja tiap2 minggu. Kalau sorang tiapa, kadang2 30 lebih org,40lbh org.. mmg mcm2 perangai aku jumpa. Sakit hati tu jarangla. Berbalik pada prinsip aku. What u give u get back. Means, layanan yg aku berikan pada mereka mmg maveles. Apa sahaja pertanyaan, permintaan mmg ak berikan. Tidak pernah mengecewakan para peserta aku. Kecualilah ada benda yg diluar bidang kuasa aku. Seperti...


P: Cik, mau tanya, Cik ka Puan??

Aku: (dalam hati berbunga riang) erm...Puan. (Smbil tersipu malu)



P: ala..baru mau ajak kuar makan tghari.. Rupanya Puan sudah..

Teeet...walaubagaimana pun, ni semua aku anggap satu gurauan dan markah tinggi pada peserta tersebut. Ternyata aku ini masih lagi kelihatan seperti CIK!! Ahhh jgn jeles yer...

Well, ni mau cerita ni ckit..

Selama ni paling teruk pun aku pernah dapat ayat daripada peserta adalah "Nak kena penampr ker??"

Apa pendapat tuan-tuan dan puan-puan mengenai ayat tersebut?? Panas kan? Tapi aku masih boleh tersenyum lagi sambil berseloroh dengan peserta itu. Dan yg bestnya, peserta yang nak tampar aku tu LELAKI dan CIKGU. Hahah..aku dah naik darah masa tu. Tapi demi tugas, aku berusaha bagi dia cool jap dan last2 dia ok. Tu semua gara2, resit. Kursus kami adalah berbayar. Dan perkara yg selalu ditanya oleh peserta adalah berkenaan resit. So aku jawablah resit akan dibagi pada hari terakhir berkursus. Sebab?? Hari pertama masa pendaftaran, kami dah kutip duit yuran dan terus bagi kpd Unit kewangan utk di Bank in kan pada hari seterusnya. Dah sah2 la resit akan diberi pada hari terakhir berkursus kan. Tp peserta ni terlebih pandai kot. Dtg cni just nak claim ker apa. Mmg la aku akan bagi tp pada hari terakhir berkursus! Pun dia desak aku suh bagi dari hari pertama lagi. Aku katalah,tak boleh bagi lagi sbb kna tunggu hari last. Terus dia naik hangin. Dahla dalam ofis aku dia mengamuk. Aku hanya mampu tersenyum dan jawab bnda yg sama. Terus dia blah mcm tu aja...apa lagi,kawan2 aku yg dgr dia nak tampar aku tu terus bertindak lapor ke pihak atasan dan dia telah dipanggil ke dalam meeting. Tetapi malangnya dia tak mau naik. Yelah, dah  tau salah , takot la tuuu...

Tapi bnda tu aku ambik sebagai pengajaran la. Dan bermula pada hari tersbut, aku dah taknak lagi bermesra2 dengan peserta aku. Tak mau dah terlebih peramah ka apa. Sbb berurusan dgn gred jwatan yg berbeza ni satu hal pula..

Dan hari ni, ada sorang lagi peserta aku. Kursus Pelanggan Yang berbudi Bahasa. Kalau dah kena kursus ni mmg aku rasa sangat sesuai la dgn beliau. Peserta ni perempuan. Agak berumur ckit. Dtg dari JB. Jauh kan? Nak juga tanya, knp tak apply jer kat KIARA ke atau INTENGAH ke.kan dekat. Nasibla aku noted yg kursus ni hanya ada kat sabah. Kalau tak....

Nak dijadikan cerita, pagi tadi masa pendaftaran dia dah komplen yg ramai peserta tak dapat makan pagi (brekfast). Then, kalau tak cukup pun, at least sediakan la roti ker, kuih ker, sadin ke, telur ke..Aku pun jawabla, ok nnt saya akan maklumkan pada unit sajian. Mungkin peserta kali ni ramai sgt atau pun peserta lambat turun brekfast. Pekara ni mmg biasa terjadi juga la tapi kami akan noted juga. Then bila naik opis, aku tanyala, mmg tak cukup makanan pun sbb order tak sama dgn bilangan peserta. So ok la then kan.

Lps tu, ada pula aku dengar lagi dari unit penginapan pasal puan ni. siap dia boleh sound pula pengawal sbb buat kerja kerani. Yelah kerja men cek in kan peserta ni mmg kerja unit penginapan. Dari pukul 2-5 kat kaunter lobi. so mmg dah betol. Sekali cek, rupanya dia lewat mendaftar. Lps pukul 5 dia datang utk cek in. Mmgla pengawal dah ambik alih tugas sbb ada lagi peserta yg belum daftar penginapan. Tu pun dia dah duk bising2. Pengarah kami pun tak bising. Hurmm..

Ada lagi, masa mau ambik gambar. Masa tu minum pagi. Dia boleh tanya aku minum pagi kat mana. Dah sah2 ada org sajian hantar minuman kat dalam kelas. Kat ctu jela minum pagi. Pasal kuih muih mmg dah takda la sbb kami ada arahan daripada HQ kami mengatakan minum pagi tidak disediakan kuih muih lagi. Cuma konsep telah ditukar kepada 'running tea' means boleh minum tea or cofee masa2 kelas berjalan. tidak semestinya ada kuih. Haish.. dia dah mula mengeluh pula. Then letak beg pastu p ambek cawan then minum. Ntahla..


Tu la, kadang2 peserta ni mcm2 perangai. Aku ja yg mau tahan. Kalau jenis aku yg baran ni mau ikut panas aku, lama udah aku siram tea tu kat muka org2 yg tak paham bahasa. Kan dah ada dalam taklimat yg minum pagi pasni takda kuih. Eee..kalau aku kaya, aku sponsor korang kuih 2 biji sorang!


Itulah kejadian lagi hari ni. Tak taula pula dalam kelas dia mcm mana. Nnt aku cek balik dgn puan fizah. Haish...panasss lagi sensasi!



No comments:

Post a Comment