Sunday 15 May 2011

Buah Hawa

Dah lama aku tak update blog haku. Bukan apa, last week blogspot problem. G pun aku sedikit sibuk dgn kerja harian aku.

Ni aku nak citer skit. Hari khamis lepas sahabat aku GG btaw aku yg dia ada bnda nak bagi kat aku dari Mekah. Aku tekejut jugala sbb dia ingat juga kat kawan dia sorang ni kan. Aku kata barang apa, kalau buah Hawa aku mau la... Then dia kata, tak payah cakap byk sbb dia memang belikan aku Buah Hawa tu pun! I was like.. OMG!!! buah yg aku nak dah ada..!! Terharu aku.

So semalam aku p rumah dia ambik Buah tu. Agak terkejut sbb dia KURUS ok. Dan dia mmg telah banyak berubah. Aku tak pernah jumpa dia lagi selama dia berhijab ni. Sahabat ku ni mmg telah banyak berubah. I'm proud of her. Aku?? Ntah bila agaknya jadi mcm dia.. Insyaallah aku akan cuba menjadi seorang hamba Allah yg suci disisiNya suatu hari nanti.

Buah tu agak keras. Aku berfikir camana nak buka buah tu. Kata gg belah dua dulu. Biji dalam tu nnt dikikis dan rebus. Rebus lama smapi hilang khasiat dia. AKu jadi bingung. Knapa smpai hilang khasiatnya pula?

Hari ni aku google pasal buah hawa. Kebanyakannya buat seperti yg gg sebut tula. Belah dulu smpai nmpak biji dia tu then rebus. Rebus smpai hilang khasiat. Rasa dia mcm buah kurma. Hurm... aku jadi tak sabar nak buat bnda tu. Manalah tau pasni dengan izin allah swt aku pregnant. Buah hawa ni ada dua biji jer. Kalau tak jadi pregnan pun mmg aku anggap bukan rezki aku la lagi. Aku yakin, allah akan buat yg terbaik untk hambanya. Ini cuma usaha kami suami isteri. Yalah, kadang2 kesian tgk suami. Nak sangat anak. Ada juga penyeri kami. Dah setahun lebih hidup berdua. Tapi takpa, semua ni ada hikmahnya. Aku yakin suatu hari nnt akan ada rezki anak untuk kami suami isteri.

Buah hawa ni aku minum pun sbb nak baby. Tapi takla mengharap sangat. Aku hanya mampu berdoa minta pada Allah. Kalau rezki kami, alhamdulillah.. Sbb dah mcm2 kami try. Cuma aku tak ada kekuatan lagi nak pegi berurut. Sakit ba. Org kata pun buah ni sgt mujarab kalau nak pregnan.

APapun, malam ni aku akan kerjakan buah tu. Dan akan mula minum malam ni jua. Tapi boleh ke?? sbb aku period.. Nak google lagi la kot...


No comments:

Post a Comment