Sunday, 15 May 2011

Buah Hawa

Dah lama aku tak update blog haku. Bukan apa, last week blogspot problem. G pun aku sedikit sibuk dgn kerja harian aku.

Ni aku nak citer skit. Hari khamis lepas sahabat aku GG btaw aku yg dia ada bnda nak bagi kat aku dari Mekah. Aku tekejut jugala sbb dia ingat juga kat kawan dia sorang ni kan. Aku kata barang apa, kalau buah Hawa aku mau la... Then dia kata, tak payah cakap byk sbb dia memang belikan aku Buah Hawa tu pun! I was like.. OMG!!! buah yg aku nak dah ada..!! Terharu aku.

So semalam aku p rumah dia ambik Buah tu. Agak terkejut sbb dia KURUS ok. Dan dia mmg telah banyak berubah. Aku tak pernah jumpa dia lagi selama dia berhijab ni. Sahabat ku ni mmg telah banyak berubah. I'm proud of her. Aku?? Ntah bila agaknya jadi mcm dia.. Insyaallah aku akan cuba menjadi seorang hamba Allah yg suci disisiNya suatu hari nanti.

Buah tu agak keras. Aku berfikir camana nak buka buah tu. Kata gg belah dua dulu. Biji dalam tu nnt dikikis dan rebus. Rebus lama smapi hilang khasiat dia. AKu jadi bingung. Knapa smpai hilang khasiatnya pula?

Hari ni aku google pasal buah hawa. Kebanyakannya buat seperti yg gg sebut tula. Belah dulu smpai nmpak biji dia tu then rebus. Rebus smpai hilang khasiat. Rasa dia mcm buah kurma. Hurm... aku jadi tak sabar nak buat bnda tu. Manalah tau pasni dengan izin allah swt aku pregnant. Buah hawa ni ada dua biji jer. Kalau tak jadi pregnan pun mmg aku anggap bukan rezki aku la lagi. Aku yakin, allah akan buat yg terbaik untk hambanya. Ini cuma usaha kami suami isteri. Yalah, kadang2 kesian tgk suami. Nak sangat anak. Ada juga penyeri kami. Dah setahun lebih hidup berdua. Tapi takpa, semua ni ada hikmahnya. Aku yakin suatu hari nnt akan ada rezki anak untuk kami suami isteri.

Buah hawa ni aku minum pun sbb nak baby. Tapi takla mengharap sangat. Aku hanya mampu berdoa minta pada Allah. Kalau rezki kami, alhamdulillah.. Sbb dah mcm2 kami try. Cuma aku tak ada kekuatan lagi nak pegi berurut. Sakit ba. Org kata pun buah ni sgt mujarab kalau nak pregnan.

APapun, malam ni aku akan kerjakan buah tu. Dan akan mula minum malam ni jua. Tapi boleh ke?? sbb aku period.. Nak google lagi la kot...


Friday, 6 May 2011

Free~~

Yeah kursus dah habiss minggu ni. N Mrs Komplen pun dah balik. Segalanya selesai..
Dan paling best adalah

.


.


.


.



BENGKEL PELAKSANAAN MS ISO 9001:2008 BIL.2/2011 pada 10 - 12 MEI 2001

.
.


.

.


DITANGGUHKAN!!!!!


HOORAYYYYY!!!!! 2 MINGGU SAYA FREEE~~~~teda kursussss!!

tapi, pada minggu keempat bulan Mei nnt,ada kursus Pengurusan Mesyuarat Bil.3 dan yg paling best>>>


K. RAJAGOPAL a.k.a Jurulatih Bola Sepak  Malaysia akan datang ke IET kami on 24 Mei 2011!!

Harap2 dia bawa jersey n Khairul Fahmi keerr..

Phew~~

Wednesday, 4 May 2011

Penat,malas,kuat tidur,kuat makan

Ha ni lah gejala aku sejak akhir-akhir ini. Badan ku lemah, cepat penat,malas,dan paling best aku jadi seorang yg sangat kuat makan. Kemarin masa rehat,aku g makan soto kat cafe. Lepas makan soto dengan puasnya, dengan senyap2 aku p order laksa pula. Mmg aku rasa selera aku pada masa itu sangat membuak-buak ingin makan.

Bila smpai umah, aku jadi malas. Besanya lps balik dari kerja, aku trus mengemas umah,basuh kain,masak..tapi lately aku jadi pemalas. Nasibla aku ingat tanggung jawab pada laki aku. So aku masakla sementara dia main bola kat padang tu. Nnt bila naik umah mesti dia lapar kan..boleh trus makan. Ah baiknya aku..

Pas temankan laki aku makan dimeja makan,(ekceli aku dah makan duluan dari dia ptg tadi hehe ni makan lagi)..aku p basuh pinggan then mandi n tgk tv. Tym ni la aku tekan2 remort astro aku tu dan Masa tula mata aku ni berat sangat dan ntah bila masa aku lelapkan mata aku. Bangun lagi aku dah ada dalam bilik...ni mesti laki aku angkat aku masuk bilik. takpun aku mengigau bejalan sendri masuk bilik. Heheh...

AKu dah mula tido awal. Kesian kat laki aku teda masa dia mau berbual atau pun bergaul mesra dgn aku. Ntah knp..bangun lagi tgh malam then rasa perut ni lapar. Mau p dapur tapi takut. Jawapanya, terpaksala aku menahan kelaparan smpai pagi nnt..

Pagi pula brekfast nasi. Nnt tghari makan soto. Ptg karang lapar balik cari keropok2 pula. Mcm tu je la kerja aku..makan tak berenti.Senang hati kot.. Pastu ptg nnt, masak pula. Sebenarnya malas. Tapi bila ingat perut suami,ku gagahkan jua... :))

Isteri yg baik lagi penyayang...

Tuesday, 3 May 2011

Mrs Komplen

Kursus Perkhidmatan Pelanggan Yang Berbudi Bahasa Bil.2/2011 sedang berjalan dengan lancarnya. Awal pagi lagi aku dah bagi da bomb kat peserta-peserta aku mcm biasa. Sentiasa senyum dgn apa sahaja karenah peserta adalah Motto aku. Makllumlah, aku bekerja dgn manusia ja tiap2 minggu. Kalau sorang tiapa, kadang2 30 lebih org,40lbh org.. mmg mcm2 perangai aku jumpa. Sakit hati tu jarangla. Berbalik pada prinsip aku. What u give u get back. Means, layanan yg aku berikan pada mereka mmg maveles. Apa sahaja pertanyaan, permintaan mmg ak berikan. Tidak pernah mengecewakan para peserta aku. Kecualilah ada benda yg diluar bidang kuasa aku. Seperti...


P: Cik, mau tanya, Cik ka Puan??

Aku: (dalam hati berbunga riang) erm...Puan. (Smbil tersipu malu)



P: ala..baru mau ajak kuar makan tghari.. Rupanya Puan sudah..

Teeet...walaubagaimana pun, ni semua aku anggap satu gurauan dan markah tinggi pada peserta tersebut. Ternyata aku ini masih lagi kelihatan seperti CIK!! Ahhh jgn jeles yer...

Well, ni mau cerita ni ckit..

Selama ni paling teruk pun aku pernah dapat ayat daripada peserta adalah "Nak kena penampr ker??"

Apa pendapat tuan-tuan dan puan-puan mengenai ayat tersebut?? Panas kan? Tapi aku masih boleh tersenyum lagi sambil berseloroh dengan peserta itu. Dan yg bestnya, peserta yang nak tampar aku tu LELAKI dan CIKGU. Hahah..aku dah naik darah masa tu. Tapi demi tugas, aku berusaha bagi dia cool jap dan last2 dia ok. Tu semua gara2, resit. Kursus kami adalah berbayar. Dan perkara yg selalu ditanya oleh peserta adalah berkenaan resit. So aku jawablah resit akan dibagi pada hari terakhir berkursus. Sebab?? Hari pertama masa pendaftaran, kami dah kutip duit yuran dan terus bagi kpd Unit kewangan utk di Bank in kan pada hari seterusnya. Dah sah2 la resit akan diberi pada hari terakhir berkursus kan. Tp peserta ni terlebih pandai kot. Dtg cni just nak claim ker apa. Mmg la aku akan bagi tp pada hari terakhir berkursus! Pun dia desak aku suh bagi dari hari pertama lagi. Aku katalah,tak boleh bagi lagi sbb kna tunggu hari last. Terus dia naik hangin. Dahla dalam ofis aku dia mengamuk. Aku hanya mampu tersenyum dan jawab bnda yg sama. Terus dia blah mcm tu aja...apa lagi,kawan2 aku yg dgr dia nak tampar aku tu terus bertindak lapor ke pihak atasan dan dia telah dipanggil ke dalam meeting. Tetapi malangnya dia tak mau naik. Yelah, dah  tau salah , takot la tuuu...

Tapi bnda tu aku ambik sebagai pengajaran la. Dan bermula pada hari tersbut, aku dah taknak lagi bermesra2 dengan peserta aku. Tak mau dah terlebih peramah ka apa. Sbb berurusan dgn gred jwatan yg berbeza ni satu hal pula..

Dan hari ni, ada sorang lagi peserta aku. Kursus Pelanggan Yang berbudi Bahasa. Kalau dah kena kursus ni mmg aku rasa sangat sesuai la dgn beliau. Peserta ni perempuan. Agak berumur ckit. Dtg dari JB. Jauh kan? Nak juga tanya, knp tak apply jer kat KIARA ke atau INTENGAH ke.kan dekat. Nasibla aku noted yg kursus ni hanya ada kat sabah. Kalau tak....

Nak dijadikan cerita, pagi tadi masa pendaftaran dia dah komplen yg ramai peserta tak dapat makan pagi (brekfast). Then, kalau tak cukup pun, at least sediakan la roti ker, kuih ker, sadin ke, telur ke..Aku pun jawabla, ok nnt saya akan maklumkan pada unit sajian. Mungkin peserta kali ni ramai sgt atau pun peserta lambat turun brekfast. Pekara ni mmg biasa terjadi juga la tapi kami akan noted juga. Then bila naik opis, aku tanyala, mmg tak cukup makanan pun sbb order tak sama dgn bilangan peserta. So ok la then kan.

Lps tu, ada pula aku dengar lagi dari unit penginapan pasal puan ni. siap dia boleh sound pula pengawal sbb buat kerja kerani. Yelah kerja men cek in kan peserta ni mmg kerja unit penginapan. Dari pukul 2-5 kat kaunter lobi. so mmg dah betol. Sekali cek, rupanya dia lewat mendaftar. Lps pukul 5 dia datang utk cek in. Mmgla pengawal dah ambik alih tugas sbb ada lagi peserta yg belum daftar penginapan. Tu pun dia dah duk bising2. Pengarah kami pun tak bising. Hurmm..

Ada lagi, masa mau ambik gambar. Masa tu minum pagi. Dia boleh tanya aku minum pagi kat mana. Dah sah2 ada org sajian hantar minuman kat dalam kelas. Kat ctu jela minum pagi. Pasal kuih muih mmg dah takda la sbb kami ada arahan daripada HQ kami mengatakan minum pagi tidak disediakan kuih muih lagi. Cuma konsep telah ditukar kepada 'running tea' means boleh minum tea or cofee masa2 kelas berjalan. tidak semestinya ada kuih. Haish.. dia dah mula mengeluh pula. Then letak beg pastu p ambek cawan then minum. Ntahla..


Tu la, kadang2 peserta ni mcm2 perangai. Aku ja yg mau tahan. Kalau jenis aku yg baran ni mau ikut panas aku, lama udah aku siram tea tu kat muka org2 yg tak paham bahasa. Kan dah ada dalam taklimat yg minum pagi pasni takda kuih. Eee..kalau aku kaya, aku sponsor korang kuih 2 biji sorang!


Itulah kejadian lagi hari ni. Tak taula pula dalam kelas dia mcm mana. Nnt aku cek balik dgn puan fizah. Haish...panasss lagi sensasi!



Sunday, 1 May 2011

Selamat bertunang~~

Jeng3...teka rombongan sapa??
Sorang lagi kawan kami ni bertunang. Kalau dulu d poli dia la paling banyak rahsia. Ntah bila dia ada bf kami pun ndatau. Tup2 dah keja ni ada tiba2 jak mau tunang then kawen. Tu pun malu2 mau kastaw kami. Aci jah..aci jah.. mmg ko jugala paling manang. Ko suru dulu dorang si nisa dgn erna tu jadi mcm kita. Nelly dah ada anak,aku menunggu,ko dah tunang, tgl dua org anak dara pingitan tu lagi.

Apapun, congrates eja. Welcome to the club. Semoga semuanya berjalan lancar nnt ekk..kawen dijangka bulan 11. Tarikh tu akan dikemukakan kemudian. Kata eja, bulan 6 sebenarnya tapi dorang belum p kursus kawen. Matai. Lawalah eja..persiapan msti mau mantap. Berian RM 10 k. Dapat sebentuk cincin dan seutas rantai. Dulang hantaran 13 berbalas 11. Cayalah eja. Mahal oo ejah kan. Saya dulu RM8k aja dengan sebentuk cincin n mas kawen RM300. Barang sekarang mahal ba..jadu pada kawan2 yg mau kawen tu, misti redy duit byk2. Utk backup juga. Nnt nda kecukupan mamposss...Jom layan pic eja..

rombongan lelaki dah sampai
Ketua kampung dan rombongan lelaki
Dari kiri, Mummy,anja,ACI EJA,erna,ME.


Adeh nda dapat upload pic banyak2. Mau 2 tahun aku tunggu. Faktanya, ini la pic kami dan si tunangan urg ni. Selamat bertunang eja..