Monday, 14 January 2013

ENTRI 2012

dah setahun berlalu..aku rasa mcm baru ja last year aku buka belog niii.haish,mmg cpat masa berlalu.banyak kisah aku hadapi masa 2012... dan banyak jua pencapaian telah aku genggami,cewah,bykla sangat! antaranya aku dianugerahkan Anugerah Pekrkhidmatan Cemerlang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada bulan Mei 2012. Alhamdulillah sangat berterima kasih pada boss aku yang paling sporting iaitu En Farzi AHmad atas pencalonan ku sebagai pekerja cemerlang..dah rezki aku nok nak buat cmana lagi.heheh

Tahun lps jua adalah tahun yg paling sibuk dengan kursus tambahan. Smpai bulan 12 baru la habis kursus kami,besa tahun 2011 bulan 12 teda suda kursus.boleh la rilek2. Tahun 2012 juga banyak kenduri kawen kawan2 aku yang aku telah pegi.Dah ada yang bersalin pun. Imeliah, Dayang, Bainddah,dan incoming mummy, Anja. Nasib la anja ko giving birth pada 17 Januari 2013, sehari slps besday aku!! baby boy pulak tu.. hurm apapun tahniah kawan2 semua sbb dah ada waris dan harta dunia akhirat buat kalian.Ada juga yang akan mendoakan kalian di alam kubur nanti kan. AKu?? HUrm... mungkin belum rezeki lagi agaknya. Tunggu lah..insyaallah akan sampai jua rezeki anak ku. Amin..

Oh ya, nak crita sikit. Husband ai pun dah dapat keja gomen. Best sangat sbb dapat tgk husband bahagia dan dia suka dgn kerja dia skg. Biarpun hanya seorang PILOT a.k.a pemandu di Jabatan kerajaan tapi kami happy sgt sbb masa dpn dia dah terjamin sehingga dia mncapai umur pencen. Seronok tak terhingga. Smpaikan masa nak beli baju batik pun rasa eksaited. Katanya, keja gomen byk beza dgn keja swasta. Lebih rilek dan tak payah nak pikir sangat. Dulu masa dia sorang Supervisor (kalau di jabatan kerajaan dia digelar Pen. Pembantu Tadbir Gred N27), semua keja dia yang arahkan. Skg, dia jadi kuli batak!! takleh nak bersuara lebih2 sbb dia hanyalah seorang pemandu dan taulah keja gomen ni, bila org bawahan bersuara airliur tak laku! heheh so aku hanya peringatkan dia supaya buat jak keja seikhlas hati. Cian dia.. tapi best juga smlm bila balik keja dia cerita pasal dia komplen bahagian kewangan dia. Yala, dah 2 bulan gaji masih tak masuk lagi. Bila follow up, rupanya budak kewangan simpan boucer dia buat kenangan dalam fail. So apalagi si laki ni pegila push suruh buat. benda tinggal hantar jak lagipun dorang dah sign boucer tu. Time tu jugala budak kewangan tu hantar ke bendahari negeri. dalam hati aku, berani juga laki aku ni bersuara. maka dia hanyalah seorang drebaaaa.. heheh, aku peringatkan dia lagi, dia hanyalah dreba dan tak perlu nak push2 orang suruh buat kerja cmana ko buat kat ofis lama. Katanya, bahagian kewangan sangat lembab!! takkan nak biarkan dorang goyang kaki tak buat gaji org,gila ko teda gaji!! hah... trus aku kata Syabasss!!! heheh

Tula dia laki aku. Kalau dia mau, mau la. Kenapala orang teda duit,boleh jadi ada duit oleh dia. PAstu orang admin tu tanya dia dulu dia keja mana. Dia pun nda tepikir knp org tanya mcm tu. Dia crita la pasal tmpat keja lama dia. cmana dia uruskan orang bawahan. tediam jugala. Dunia sekarang, tak perlu berkelulusan tinggi utk bekerja. cukup sekadar pengalaman yang luas.. hehe

ih sambung next entry laa!!


R>I>N>D>U

15 Januari 2013

yess!! laaamaaa sangat mmg aku tak hapdet status aku ni. dekat setahun jua. maklumla sibuk memanjang dengan aktiviti pejabat dan kehidupan harian ku sebagai seorang isteri dan penjawat awam yang cemerlang. cehh, baru mengaku cemerlang. *CEMERLANG LA SANGAT*

Jam memunjukan 7.36 am. dan hari ni aku datang pejabat seawal 6.30 am sbb ikut si laki pnya time pigi kerja.Yes aku takut mo naik p atas (pejabat baru). Kalau di Pejabat SUK aku tak kisah. Dahlah jauh nak naik, jauh dari org ramai tapi dkat dengan kelas.. fuhh lega! dah sampai atas,kosong, gelap,sunyi. aku pun bagi la salam masa buka pintu bilik,manala tau ada bnda yg nak propa pagi2 ni. Sampai bilik aku pun terus pasang lagu2 dan pasang mekap! hah,sempat!! dlm masa pasang mekap smpat juga mengerling ke kiri ke kanan sbb takut. mcm2 juga cerita yg ku dgr sini ni. haizz..

apapun mari kita mulakan kursus kita pada hari ini dengan semangat dan azam yang baru sempena kursus pertama bagi tahun 2013..

**tak sabar nak menanti 16 Januari 2013**

Lempang?? muntah?? eh sabarla..nnt nak hapdet hari esok yer...

BYE!!!

Tuesday, 29 May 2012

naaaaa

baru mau aktif balik belog i ni..laaama nda update!! nnt yer..kna tgu pic pulok..

misss my blogg very2 muchhhh!!!

Wednesday, 21 September 2011

Bosan aku dengan penat

salam...

selamat hari raya maaf zahir dan batin pada kawan2 smeua yer...dah lama sangat aku nda berbelog ni.teda masa dan malas sangat nak menaip. so far..selama hari raya, puasa,aku mmg ada perubahan. taklah juga mendadak. tapi kira ok la aku dah ke arah itu.ke jalan allah swt. betul kata org, bila susah beria2 kita minta pada dia.mcm2 pula tu.

ada satu hari, aku solat maghrib. masa tu bulan puasa. aku dah rasa sangat buntu dan tak tahu lagi cmana nak selesaikan masalah ak. aku solat seperti biasa. tpi bila bab doa2..aku dah stat! nangis semahu-mahunya ok! seolah2 aku dah mengadu habis kat Dia. sbb dia maha pendengar. aku mohon sgt2 dibukakan jalan penyelesaian. tenangkan hati. minta petunjuk. Alhamdulillah..Dia dengar doa aku dan aku dah jumpa jalan penyelesaian. Bukan nak kata apa, dlu aku mmg jahiliah! org kata tak masuk syurga aku ni. tp bila dah ada sedikit keinsafan, aku bersyukur sangat2.. Alhamdulillah, aku tak leh nak gambarkan betapa aku hepi dgn nikmat yg dia berikan.

smpai sekarang, aku tak pernah lupa Dia. Tinggal semayang pun tidak. Cuma ada lewat sedikitla.. besalah kadang2 kita tidak berada di tempat yg betul kan..contohnya,d shopping mall. tu pun sanggup singgah masjid. Dulu?? masjid pun aku kasi limpas jak..astaghfirullah...

skg aku tenang bersamanya..tenang setenang-tenangnya. apapun aku takkan lupa pada Allah swt, pencipta kita. Buatlah solat taubat, solat hajat... insyaallah semua akan baik2 belaka...

eh dah pukul 5..balik dululah..

salam...

Sunday, 31 July 2011

Rinduuunyerrr nak berbelog~~

salamm...

Agak lama aku tidak mencoteng di blog aku yg agak tak laku ini.. yerla,sejak bulan mei lepas aku sangat sibuk bekerja..maklumlah, nak bagi yg terbaik utk unit aku sbb itu janji aku pada bos aku. hehe

banyak bnda yg terjadi dua bulan ni. Jun dan Julai. Sekarang dah nak masuk bulan 8. 30 Julai 2011.. Skg aku duduk kat umah bapa. Masa nila aku ambik kesempatan buat belog. Kalau kat opis mmg tak sempatnya..sbbnya, blogspot dah kena block! huh mmg sandi la. So bila balik umah pula,takde masa nak berbelog. Sbb kawan2 ada kat umah so apalagi, kitorang ngarip2 la (bajau version) hehe..

Bulan Jun lps, start 29/06/2011, aku terbang ke Kuala Lumpur bersama suami. Tujuan, bercuti. Dan masa tu jugala aku p kawen kawan baik aku Zuriaty binti Mohd Jadi. Dia ni kawan aku masa aku kerja kat JPA dulu. Org kaya sbb dia bisnes. Skg dah berenti kerja dan berbisnes sndiri. Di sampping itu, dia mempunya dua biji kreta sport. Jeles. Kalaulah dulu aku ikut jejak langkah dia,mungkin aku tidak disini. Tp apa bleh buat, ini semua ketentuan Illahi.. sabor jela.. Aku ebrsyukur juga dgn kehidupan yg aku hadapi saat ini. Bahgia..

Aku p Kl bawa laki aku bejalan ke sana ke mari. Mmg puas hati dan sangat bahagia bila tgk suami i gembira. Shopping, enjoy...mmg puas!! dapat beli semua yg kami mau! mmg tak pernah lagi rasa mcm ni. Gembira. 9 hari kami berada di sana. tinggal umah kak par kat sungai buloh. Drive kreta g Segamat, Melaka, Kl , merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh suami aku. Itulah kali pertama dia menjejjakkan kaki ke tanah semenanjung. AKu tidak akan melupakan saat indah kami ini. mmg sangat manis.. Kepuasan kami smpai ke tahap maksima, dan suatu hari nnt aku akan bawa lagi suami aku ke luar negara, mungkin ke phuket,thailand. Yalah selagi kami belum dikurniakan anak lagi...mcm ni lah hidup kami. Aku bahagia...

Dan satu lagi rezeki aku tahun ini. Aku dapat beli kereta. Biarpun ianya Sekadar Saga FL, aku gembira krn tiada bnda mustahil yg wujud dalam dunia ini.. baru ku sedar,dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Usaha tangga kejayaan. Pengalaman susah dahulu banyak mengajar kami erti kesabaran. Ini lah kehidupan.. susah senang kita hadapi bersama dengan penuh kesabaran. Aku yakin, dunia ini bulat. Kadang kita berada diatas,kadang dibawah. Tuhan sahaja tau rezki kita sejauh mana. Jadi janganlah suka menghina org yg susah, org yang tidak mampu menjalani hidup dgn sempurna.

Aku juga diberi pengajaran hidup melalui sesuatu kes yg terjadi pada diri aku sndiri. Topik *Kaya*. Aku terpanggil lagi utk buat belog mengenai tajuk ini sbb aku sedar,aku org susah. Dan aku dah puas menerima tomahan daripada org sekeliling yg memandang rendah hidup kami. Yalah, hanya ada motor,dua tayar. Pegi kemana kami dengan motor tu jak. pasar,kedai,...kalau hujan,nasib kami lah. Suatu hari aku nekad utk membeli sebuah kereta krn tidak mahu menyusahkan sesiapa pun termasuk keluarga sndiri. Hurm...tapi sayang.. bukan pertolongan yg ku dapat, cacian yg ku terima. Aku sengaja tidak mau cakap bnda ni disini sbb aku tau ada yg akan membaca. Dan sejak aku mendengar sendiri cacian dari dia yg aku hormati, aku jadi sangat bengang dan tekad tidak akan sentuh lagi mereka. sungguhpun kami susah macamana sekali pun, aku tau dia mmg mau menolong tapi cerita kat org macam2 pasal kami. Ungkit mengungkit... baru ku tahu sikapnya begitu. Tidak apa..berkat kesabaran aku dan suami, akhirnya kami dapat juga kasi keluar satu biji kereta. Tdak pun kereta besar, tp sekadar kami berdua dapat hidup seperti og lain. Dan kali ini, aku yakin, org yg menghina kami tadi pasti merasa apa yg kami rasa.. aku yakin, Allah swt ada. Hari ini, hari ko,esok lusa ko belum tahu. Jd jgn la ko berbangga dgn apa yg ko ada sekarang. itu semua DUNIAWI.

Aku mau tgk nnt dia cmana..dan siapa lagi sebenarnya tahu erti kehidupan. Kau kah AKu??

Adeui, rasa panjang udah karangan aku. Banyak lagi bnda mau cerita. Nasiblah esok dah nak puasa. Sabar.. Oklah, dikesempatan ini aku dan suami ingin mengucapkan salam ramadhan dan jikalau ada silap salah kami suami isteri, kami mohon maaf..ikhlas dari kami. :)

Sunday, 15 May 2011

Buah Hawa

Dah lama aku tak update blog haku. Bukan apa, last week blogspot problem. G pun aku sedikit sibuk dgn kerja harian aku.

Ni aku nak citer skit. Hari khamis lepas sahabat aku GG btaw aku yg dia ada bnda nak bagi kat aku dari Mekah. Aku tekejut jugala sbb dia ingat juga kat kawan dia sorang ni kan. Aku kata barang apa, kalau buah Hawa aku mau la... Then dia kata, tak payah cakap byk sbb dia memang belikan aku Buah Hawa tu pun! I was like.. OMG!!! buah yg aku nak dah ada..!! Terharu aku.

So semalam aku p rumah dia ambik Buah tu. Agak terkejut sbb dia KURUS ok. Dan dia mmg telah banyak berubah. Aku tak pernah jumpa dia lagi selama dia berhijab ni. Sahabat ku ni mmg telah banyak berubah. I'm proud of her. Aku?? Ntah bila agaknya jadi mcm dia.. Insyaallah aku akan cuba menjadi seorang hamba Allah yg suci disisiNya suatu hari nanti.

Buah tu agak keras. Aku berfikir camana nak buka buah tu. Kata gg belah dua dulu. Biji dalam tu nnt dikikis dan rebus. Rebus lama smapi hilang khasiat dia. AKu jadi bingung. Knapa smpai hilang khasiatnya pula?

Hari ni aku google pasal buah hawa. Kebanyakannya buat seperti yg gg sebut tula. Belah dulu smpai nmpak biji dia tu then rebus. Rebus smpai hilang khasiat. Rasa dia mcm buah kurma. Hurm... aku jadi tak sabar nak buat bnda tu. Manalah tau pasni dengan izin allah swt aku pregnant. Buah hawa ni ada dua biji jer. Kalau tak jadi pregnan pun mmg aku anggap bukan rezki aku la lagi. Aku yakin, allah akan buat yg terbaik untk hambanya. Ini cuma usaha kami suami isteri. Yalah, kadang2 kesian tgk suami. Nak sangat anak. Ada juga penyeri kami. Dah setahun lebih hidup berdua. Tapi takpa, semua ni ada hikmahnya. Aku yakin suatu hari nnt akan ada rezki anak untuk kami suami isteri.

Buah hawa ni aku minum pun sbb nak baby. Tapi takla mengharap sangat. Aku hanya mampu berdoa minta pada Allah. Kalau rezki kami, alhamdulillah.. Sbb dah mcm2 kami try. Cuma aku tak ada kekuatan lagi nak pegi berurut. Sakit ba. Org kata pun buah ni sgt mujarab kalau nak pregnan.

APapun, malam ni aku akan kerjakan buah tu. Dan akan mula minum malam ni jua. Tapi boleh ke?? sbb aku period.. Nak google lagi la kot...


Friday, 6 May 2011

Free~~

Yeah kursus dah habiss minggu ni. N Mrs Komplen pun dah balik. Segalanya selesai..
Dan paling best adalah

.


.


.


.



BENGKEL PELAKSANAAN MS ISO 9001:2008 BIL.2/2011 pada 10 - 12 MEI 2001

.
.


.

.


DITANGGUHKAN!!!!!


HOORAYYYYY!!!!! 2 MINGGU SAYA FREEE~~~~teda kursussss!!

tapi, pada minggu keempat bulan Mei nnt,ada kursus Pengurusan Mesyuarat Bil.3 dan yg paling best>>>


K. RAJAGOPAL a.k.a Jurulatih Bola Sepak  Malaysia akan datang ke IET kami on 24 Mei 2011!!

Harap2 dia bawa jersey n Khairul Fahmi keerr..

Phew~~